Monday, November 16, 2009
- KECEMERLANGAN PENDIDIKAN - Meningkatkan mutu pengajaran - pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah.
- PENGGUNAAN KEMUDAHAN - Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.
- PEMUPUKAN TABIAT BELAJAR - Memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematis.
- PENGHASILAN BAHAN - Membantu pelajar dan guru menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran-pembelajaran.
- PERKHIDMATAN PEMBELAJARAN - Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar-pelajar.
- KEMAHIRAN MAKLUMAT - Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.
- KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT - Melatih pelajar dan guru menguasai teknologi maklumat dan menggalak penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran-pembelajaran.
- PENGAUTOMASIAN PUSAT SUMBER - Mengurus Pusat Sumber secara berkomputer dengan menggunakan perisian yang terkini.
0 Comments:
Post a Comment