Selamat datang ke laman blog Pusat Sumber Sekolah SMK Dato' Sedia Raja

Pendaftaran Biasiswa 2011

Thursday, April 28, 2011

Pendaftaran Biasiswa 2011

Pendaftaran biasiswa oleh para pelajar yang layak menerima biasiswa telah berlangsung dengan lancar. Penglibatan ibu bapa amat memberansangkan.
Program tersebut lebih berkisar kepada persoalan daripada ibu bapa dan keperluan-keperluan anak-anak mereka.




Merentas Desa SMKDSR 2011

Merentas Desa SMKDSR 2011


Sebelum tiba hari berlangsungnya aktiviti merentas desa peringkat sekolah, para pelajar telah menghadiri beberapa sesi latihan merentas desa pada minggu-minggu yang lepas. Cuaca sentiasa menjadi penghalang pada waktu petang, maka sesi latihan tersebut telah diadakan di sebelah pagi emberi persediaan kepada pelajar untuk merentas desa sebenar.



Tiba pada hari akhir untuk aktiviti merentas desa ini, guru-guru telah menunjukkan komitmen yang baik demi kelancaran semasa aktiviti berlangsung. Para pelajar juga memberikan kerjasama yang baik dengan mengikut peraturan yang ditetapkan.



Segala penat lelah para pelajar, yang menang telah mendapat hadiah dan yang kalah tetap berpuas hati kerana dapat berkumpul bersama rakan. Setelah dihitung markah keseluruhan, kemenangan berpihak kepada Rumah Melewar. Tahniah Melewar!


Minggu Orientasi 2011

Wednesday, April 27, 2011

Selamat datang warga baru SMK Dato’ Sedia Raja

 

Kedatangan warga baru SMK Dato’ Sedia Raja, para pelajar tingkatan 1 dan juga selamat kembali kepada para pelajar tingkatan 4 setelah menempuhi peperiksaan penting, PMR pada tahun lepas. Pendaftaran pelajar tingkatan 1 dan 4 telah berlangsung pada 3 Januari 2011. Program orientasi dilakukan selama 3 hari antaranya, mengenali sekolah SMKDSR, suai kenal, nyanyian lagu sekolah, lagu Sekolah Bestari dan pelbagai aktiviti lain. Program orientasi para pelajar tingkatan 4 pula, mereka lebih didedahkan dengan pilihan mata pelajaran dan minat kerjaya serta menyemai sikap menghormati guru-guru yang dianggap sebagai ibu bapa di sekolah.




GALERI FOTO