Selamat datang ke laman blog Pusat Sumber Sekolah SMK Dato' Sedia Raja

Merentas Desa 2012

Sunday, February 19, 2012

Buat ke sekian kalinya, para pelajar SMKDSR terus melibatkan diri dalam aktiviti Ko-kurikulum seperti aktiviti merentas desa yang diadakan setiap tahun.


Sebelum tiba hari berlangsungnya aktiviti merentas desa peringkat sekolah, para pelajar telah menghadiri beberapa sesi latihan merentas desa pada minggu-minggu yang lepas. Cuaca panas terik tidak menghalang warga pelajar dan guru untuk terlibat dalam sesi latihan merentas desa. Ianya dapat memberi persediaan kepada pelajar untuk merentas desa sebenar. Tiba pada hari sebenar pertandingan untuk aktiviti merentas desa ini, guru-guru telah menunjukkan komitmen yang baik demi kelancaran semasa aktiviti berlangsung. Para pelajar juga memberikan kerjasama yang baik dengan mengikut peraturan yang ditetapkan. Segala penat lelah para pelajar, yang menang telah mendapat hadiah dan yang kalah tetap berpuas hati kerana dapat berkumpul bersama rakan.




Orientasi Tingkatan 1 dan 4 (4 – 6 Januari 2012)

Selamat datang warga baru SMK Dato’ Sedia Raja


Kedatangan warga baru SMK Dato’ Sedia Raja, para pelajar peralihan dan tingkatan 1 dan juga selamat kembali kepada para pelajar tingkatan 4 setelah menempuhi peperiksaan penting, PMR pada tahun lepas. Pendaftaran pelajar tingkatan 1 dan 4 telah berlangsung pada 4 Januari 2012 dengan bertemakan Pelajar Cemerlang, Sekolah Gemilang. Objektif program ini adalah bagi menanam konsep pendidikan sebenar yang menganggap pelajar sebagai anak sendiri, memuhasabah diri terhadap tanggungjawab melaksanakan amanah yang besar sebagai seorang pelajar dan menyemai sikap menghormati guru-guru yang dianggap ibu bapa di kalangan pelajar. Program orientasi dilakukan selama 3 hari antaranya, mengenali sekolah SMKDSR, suai kenal, nyanyian lagu sekolah, lagu Sekolah Bestari dan pelbagai aktiviti lain. GPM turut terlibat dalam memberi taklimat serba sedikit mengenai Pusat Sumber di kalangan warga baru ini. Dalam masa yang sama , pengambilan ahli baru di kalangan pelajar Tingkatan 1 dilakukan pada masa tersebut. GPM juga turut mempromosikan PSS SMKDSR agar para pelajar berminat berkunjung ke perpustakaan. Program orientasi para pelajar tingkatan 4 pula, mereka lebih didedahkan dengan pilihan mata pelajaran dan minat kerjaya serta menyemai sikap menghormati guru-guru yang dianggap sebagai ibu bapa di sekolah.



Family Day

Thursday, February 16, 2012

Setelah penat bekerja, bagi meredakan tekanan dengan bebanan tugas di sekolah, Kelab Staf SMK DSR telah menganjurkan Hari Keluarga pada 7 - 8 Oktober 2011 di Royal Puteri Beach Resort, Melaka. Program yang dibahagikan kepada 2 slot, malam 7 Oktober diadakan makan malam besar dan pada 8 Oktober diadakan sukaneka di tepi pantai berhampiran resort.
Pada petang 7 Oktober, tetamu mula tiba untuk pendaftaran bilik. Aktiviti pada petang itu juga lebih kepada kanak-kanak untuk mandi kolam di resort tersebut. Pada malamnya tepat jam 8.00, acara
makan malam diadakan dengan pelbagai jenis hidangan termasuk hidangan barbeku kambing,ayam dan seafood.

 Sambil menikmati hidangan, acara karaoke diadakan bagi sesiapa warga SMKDSR yang berminat
menunjukkan bakat. Sudah tentu Kak Wani bahagian pentadbiran akan ke depan untuk menyanyikan lagu
yang disediakan. Tidak melepaskan peluang juga beberapa orang guru tampil menyanyikan beberapa buah
lagu bagi melepaskan gian.




Keesokkan harinya, selepas sarapan pagi, semua berkumpul di tepi pantai untuk menyertai acara sukaneka yang disediakan oleh pihak resort. Slot pertama adalah acara bagi kanak-kanak dan slot kedua bagi acara dewasa dan seterusnya acara penyampaian hadiah kepada pemenang.
Dalam acara ini dapat dilihat keseronokan dan keriangan di wajah kanak-kanak dan ibu bapa yang hadir.

Secara keseluruhannya, Hari Keluarga ini tidak lari dari matlamat untuk mengeratkan hubungan silaturrahim
sesama staf SMK DSR, juga berpeluang mengenali ahli keluarga staf yang lain. Harapan pada tahun akan datang, Hari Keluarga ini dapat diadakan di tempat yang lebih menarik dengan aktiviti yang lebih mengujakan.





Majlis Hi-Tea Amal Aidilfi tri

Pada 1 Oktober 2011, SMK DSR telah menganjurkan Majlis Hi-Tea Amal Aidilfi tri 2011 yang diadakan
di Selesa Beach Resort, Port Dickson. Majlis yang bertujuan mengutip dana dengan mengumpulkan bekas-bekas pelajar serta warga SMK DSR yang sudi hadir ke acara ini. Oleh itu ianya
dapat mengimbau kenangan manis dan bertemu rakan-rakan lama.

Majlis yang berlangsung dengan meriah dengan acara cabutan bertuah, nyanyian dan sebagainya. Paling menyeronokkan adalah pelbagai jenis juadah yang disediakan menepati selera kami. Norshila Amin
selaku pengacara majlis mampu mengendalikan majlis dengan baik. Didalam majlis ini dapat dilihat tetamu
yang hadir bersama pasangan dan anak-anak mereka. Keramahan dapat dilihat sesama mereka dengan tidak
melepaskan peluang berkenal-kenalan.




UNIT RADIO SMKDSR 2011

Monday, August 15, 2011

Unit Radio SMKDSR terlatak sebahagian tempat di dalam Bilik Rawatan yang menjadi Bilik Muzik pada tahun ini. Unit Radio beroperasi setiap hari pada pukul 7.00 am – 7.15am  sebelum waktu perhimpunan  di bawah bimbingan Pn. Rohani dan En. Roslan. Aktiviti Unit Radio berjalan dengan lancar pada tahun ini dengan komitmen DJ  SMKDSR yang menjalankan tugas tanpa jemu setiap hari. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah memainkan lagu kerohanian serta member info/maklumat penting kepada warga SMKDSR. Tahniah Unit Radio!!!



SUDUT PAMERAN ALAT MUZIK (ORKESTRA&TRADISIONAL)

Salah satu keunikkan SMKDSR ialah memiliki set alatan muzik. Ini adalah kerana matapelajaran muzik ditawarkan  kepada para pelajar. Jadi pihak PSS mengambil kesempatan  keemasan ini mempamerkan alatan muzik di PSS sepanjang bulan Jun - Ogos. Melalui cara ini dapat menarik minat pelajar untuk berkunjung ke PSS.




SUDUT SURATKHABAR PSS

Sudut Suratkhabar ini diwujudkan untuk menggalakkan para pelajar serta guru untuk membaca dan mengikuti perkembangan isu-isu semasa. Melalui cara ini juga secara tidak langsung dapat memupuk sikap membaca di kalangan pelajar. Terdapat 2 unit Sudut Surakhabar  iaitu 1 unit untuk Suratkhabar Utusan Malaysia dan 1 unit lagi untuk Suratkhabar New Straits Times. Lokasi sudut ini sangat sesuai kerana  terletak berhadapan dengan Bilik Disiplin dan Bilik Anjung Warisan merupakan tempat laluan para guru dan pelajar.




GALERI FOTO