Selamat datang ke laman blog Pusat Sumber Sekolah SMK Dato' Sedia Raja

OBJEKTIF PUSAT SUMBER SEKOLAH

Monday, November 16, 2009

  1. KECEMERLANGAN PENDIDIKAN - Meningkatkan mutu pengajaran - pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah.
  2. PENGGUNAAN KEMUDAHAN - Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.
  3. PEMUPUKAN TABIAT BELAJAR - Memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematis.
  4. PENGHASILAN BAHAN - Membantu pelajar dan guru menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran-pembelajaran.
  5. PERKHIDMATAN PEMBELAJARAN - Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar-pelajar.
  6. KEMAHIRAN MAKLUMAT - Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.
  7. KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT - Melatih pelajar dan guru menguasai teknologi maklumat dan menggalak penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran-pembelajaran.
  8. PENGAUTOMASIAN PUSAT SUMBER - Mengurus Pusat Sumber secara berkomputer dengan menggunakan perisian yang terkini.

0 Comments:

GALERI FOTO