Selamat datang ke laman blog Pusat Sumber Sekolah SMK Dato' Sedia Raja

PIAGAM PUSAT SUMBER SEKOLAH

Tuesday, April 21, 2009

Kami kakitangan Pusat Sumber Sekolah beriltizam dan berusaha;
•Melaksanakan tugas dan amanah dengan rasa kesedaran dan bertanggungjawab
•Memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan layanan yang mesra
•Mewujudkan suasana yang ceria dan selesa
•Mempelbagaikan kemudahan serta berkualiti
•Menyebarkan maklumat kepada semua warga sekolah
•Membimbing kepada yang memerlukan

Pengenalan

•Pusat Sumber SMK Dato’ Sedia Raja telah mengalami perkembangan dari masa ke semasa sejajar dengan keperluan pendidikan untuk anak-anak penduduk kawasan Chembong dan kampung-kampung di sekitarnya.

•Sekolah ini yang mula beroperasi pada tahun 1964, hanya mempunyai sebuah perpustakaan kecil (khutub khanah). Pada tahun 1970, sebuah perpustakaan telah dapat diwujudkan dengan keluasan satu setengah bilik darjah di tingkah bawah bangunan baru 2 tingkat yang dibina pada tahun tersebut.

•Pada tahun 1995, Pusat Sumber sekolah ini telah memasuki era teknologi maklumat. Sekolah ini telah dipilih sebagai mewakili sekolah-sekolah Negeri Sembilan dalam Projek Rintis Pusat Sumber Elektronik (PSE) atau lebih dikenali sebagai Rangkaian Munsyi anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan dengan kerjasama Syarikat Telekom Malaysia.

•Bangunan baru empat tingkat yang telah siap dibina pada tahun 1998, telah menyediakan prasarana baru bagi Pusat Sumber SMK Dato’ Sedia Raja yang membolehkan pihak sekolah merancang dan melengkapkan PSS sejajar dengan konsep Pusat Sumber Bestari.

VISI PUSAT SUMBER SEKOLAH SMKDSR

Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sedia Raja, Rembau berhasrat merealisasikan wawasan sekolah dan negara dalam melahirkan warganegara yang

· Berilmu

· Berkemahiran teknologi maklumat

· Berfikiran luas, kreatif dan inovatif

MISI PUSAT SUMBER SEKOLAH

Monday, April 20, 2009

Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sedia Raja, Rembau mempunyai misi yang progresif dalam usaha mencapai pendidikan bertaraf dunia dengan menyediakan

· Prasarana yang lengkap dan selesa

· Kepelbagai sumber dan terkini

· Tenaga Pengurusan yang cekap dan berdaya maju

Karnival Ilmu 2009

KARNIVAL ILMU APRIL 2009
Program Karnival Ilmu diadakan sepanjang bulan April 2009. Program ini dianjurkan oleh Panitia Bahasa, Bimbingan dan Kaunseling dan Pusat Sumber Sekolah.
Banyak aktiviti yang diadakan seperti:
  • Pertanding Pidato
  • Pertandingan melukis poster
  • Pertandingan Power Point
  • Kuiz Ilmu
  • Peminjam buku terbanyak

Kepada warga SMKDSR, Jangan Lepaskan Peluang ini!!! Banyak hadiah menanti anda.

GALERI FOTO