Selamat datang ke laman blog Pusat Sumber Sekolah SMK Dato' Sedia Raja

Family Day

Thursday, February 16, 2012

Setelah penat bekerja, bagi meredakan tekanan dengan bebanan tugas di sekolah, Kelab Staf SMK DSR telah menganjurkan Hari Keluarga pada 7 - 8 Oktober 2011 di Royal Puteri Beach Resort, Melaka. Program yang dibahagikan kepada 2 slot, malam 7 Oktober diadakan makan malam besar dan pada 8 Oktober diadakan sukaneka di tepi pantai berhampiran resort.
Pada petang 7 Oktober, tetamu mula tiba untuk pendaftaran bilik. Aktiviti pada petang itu juga lebih kepada kanak-kanak untuk mandi kolam di resort tersebut. Pada malamnya tepat jam 8.00, acara
makan malam diadakan dengan pelbagai jenis hidangan termasuk hidangan barbeku kambing,ayam dan seafood.

 Sambil menikmati hidangan, acara karaoke diadakan bagi sesiapa warga SMKDSR yang berminat
menunjukkan bakat. Sudah tentu Kak Wani bahagian pentadbiran akan ke depan untuk menyanyikan lagu
yang disediakan. Tidak melepaskan peluang juga beberapa orang guru tampil menyanyikan beberapa buah
lagu bagi melepaskan gian.




Keesokkan harinya, selepas sarapan pagi, semua berkumpul di tepi pantai untuk menyertai acara sukaneka yang disediakan oleh pihak resort. Slot pertama adalah acara bagi kanak-kanak dan slot kedua bagi acara dewasa dan seterusnya acara penyampaian hadiah kepada pemenang.
Dalam acara ini dapat dilihat keseronokan dan keriangan di wajah kanak-kanak dan ibu bapa yang hadir.

Secara keseluruhannya, Hari Keluarga ini tidak lari dari matlamat untuk mengeratkan hubungan silaturrahim
sesama staf SMK DSR, juga berpeluang mengenali ahli keluarga staf yang lain. Harapan pada tahun akan datang, Hari Keluarga ini dapat diadakan di tempat yang lebih menarik dengan aktiviti yang lebih mengujakan.





0 Comments:

GALERI FOTO