Selamat datang ke laman blog Pusat Sumber Sekolah SMK Dato' Sedia Raja

Merentas Desa SMKDSR 2011

Thursday, April 28, 2011

Merentas Desa SMKDSR 2011


Sebelum tiba hari berlangsungnya aktiviti merentas desa peringkat sekolah, para pelajar telah menghadiri beberapa sesi latihan merentas desa pada minggu-minggu yang lepas. Cuaca sentiasa menjadi penghalang pada waktu petang, maka sesi latihan tersebut telah diadakan di sebelah pagi emberi persediaan kepada pelajar untuk merentas desa sebenar.



Tiba pada hari akhir untuk aktiviti merentas desa ini, guru-guru telah menunjukkan komitmen yang baik demi kelancaran semasa aktiviti berlangsung. Para pelajar juga memberikan kerjasama yang baik dengan mengikut peraturan yang ditetapkan.



Segala penat lelah para pelajar, yang menang telah mendapat hadiah dan yang kalah tetap berpuas hati kerana dapat berkumpul bersama rakan. Setelah dihitung markah keseluruhan, kemenangan berpihak kepada Rumah Melewar. Tahniah Melewar!


0 Comments:

GALERI FOTO