Selamat datang ke laman blog Pusat Sumber Sekolah SMK Dato' Sedia Raja

PERASMIAN BULAN SIFAR SALAHLAKU

Wednesday, March 3, 2010

Pada 18 Januari 2010 hari Isnin telah dilancarkan " Perasmian Bulan Sifar Salah Laku " bertempat di tapak perhimpunan Sek. Men.Dato' Sedia Raja,Rembau.Aturcara bermula pada pukul 7.50 pagi dirasmikan oleh Pengetua SMK Dato' Sedia Raja, Puan Hjh. Sarieh bt. Md. Din.Program ini di bawah anjuran :-
    1- Unit Hal Ehwal Murid
    2-Unit Bimbingan dan Kaunseling
    3-Unit Disiplin
    4-Panitia Pendidikan Islam
    5-Kelab Pendidikan dan Pencegahan Dadah
    6-Badan Pengawas

Antara objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peraturan-peraturan sekolah yang perlu dipatuhi,mengurangkan kes salah laku disiplin pelajar agar mampu melahirkan pelajar yang berdisiplin tinggi dan bersahsiah mulia.Selain itu ianya juga diharapkan dapat meningkatkan daya kepimpinan bagi setiap pelajar.Acara dimulakan dengan menyematkan lencana kepada ketua tingkatan.Seterusnya ceramah yang disampaikan oleh Cif Inspektor Tn. Salehuddin b. Hitam.Majlis bersurai pada jam 8.30 pagi. 

0 Comments:

GALERI FOTO