Selamat datang ke laman blog Pusat Sumber Sekolah SMK Dato' Sedia Raja

Pengenalan

Tuesday, April 21, 2009

•Pusat Sumber SMK Dato’ Sedia Raja telah mengalami perkembangan dari masa ke semasa sejajar dengan keperluan pendidikan untuk anak-anak penduduk kawasan Chembong dan kampung-kampung di sekitarnya.

•Sekolah ini yang mula beroperasi pada tahun 1964, hanya mempunyai sebuah perpustakaan kecil (khutub khanah). Pada tahun 1970, sebuah perpustakaan telah dapat diwujudkan dengan keluasan satu setengah bilik darjah di tingkah bawah bangunan baru 2 tingkat yang dibina pada tahun tersebut.

•Pada tahun 1995, Pusat Sumber sekolah ini telah memasuki era teknologi maklumat. Sekolah ini telah dipilih sebagai mewakili sekolah-sekolah Negeri Sembilan dalam Projek Rintis Pusat Sumber Elektronik (PSE) atau lebih dikenali sebagai Rangkaian Munsyi anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan dengan kerjasama Syarikat Telekom Malaysia.

•Bangunan baru empat tingkat yang telah siap dibina pada tahun 1998, telah menyediakan prasarana baru bagi Pusat Sumber SMK Dato’ Sedia Raja yang membolehkan pihak sekolah merancang dan melengkapkan PSS sejajar dengan konsep Pusat Sumber Bestari.

0 Comments:

GALERI FOTO