Selamat datang ke laman blog Pusat Sumber Sekolah SMK Dato' Sedia Raja

UNIT RADIO SMKDSR 2011

Monday, August 15, 2011

Unit Radio SMKDSR terlatak sebahagian tempat di dalam Bilik Rawatan yang menjadi Bilik Muzik pada tahun ini. Unit Radio beroperasi setiap hari pada pukul 7.00 am – 7.15am  sebelum waktu perhimpunan  di bawah bimbingan Pn. Rohani dan En. Roslan. Aktiviti Unit Radio berjalan dengan lancar pada tahun ini dengan komitmen DJ  SMKDSR yang menjalankan tugas tanpa jemu setiap hari. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah memainkan lagu kerohanian serta member info/maklumat penting kepada warga SMKDSR. Tahniah Unit Radio!!!



SUDUT PAMERAN ALAT MUZIK (ORKESTRA&TRADISIONAL)

Salah satu keunikkan SMKDSR ialah memiliki set alatan muzik. Ini adalah kerana matapelajaran muzik ditawarkan  kepada para pelajar. Jadi pihak PSS mengambil kesempatan  keemasan ini mempamerkan alatan muzik di PSS sepanjang bulan Jun - Ogos. Melalui cara ini dapat menarik minat pelajar untuk berkunjung ke PSS.




SUDUT SURATKHABAR PSS

Sudut Suratkhabar ini diwujudkan untuk menggalakkan para pelajar serta guru untuk membaca dan mengikuti perkembangan isu-isu semasa. Melalui cara ini juga secara tidak langsung dapat memupuk sikap membaca di kalangan pelajar. Terdapat 2 unit Sudut Surakhabar  iaitu 1 unit untuk Suratkhabar Utusan Malaysia dan 1 unit lagi untuk Suratkhabar New Straits Times. Lokasi sudut ini sangat sesuai kerana  terletak berhadapan dengan Bilik Disiplin dan Bilik Anjung Warisan merupakan tempat laluan para guru dan pelajar.




Pengurusan Jenazah dan Lambaian Haji

Panitia Pendidikan Islam mengadakan bengkel pengurusan jenazah dan cara-cara menunaikan Umrah/Haji. Para pelajar dapat didedahkan kepada situasi sebenar bagaimana hendak mengerjakan Haji dan bagaimana menguruskan jenazah. Ilmu ini sangat berguna kepada para pelajar sama ada pengukuhan pemahaman dalam subjek Pendidikan Islam ataupun ianya dapat dipraktikan dalam kehidupan para pelajar.



Minggu Sains dan Matematik

Minggu Sains dan Matematik ini dirasmikan oleh Puan Hajah Sarieh Bt. Md Din, Pengetua SMK DSR. Pelbagai pertandingan diadakan iaitu, ‘explorace’, pertandingan melancar roket buatan dan pelbagai lagi. Acara yang menjadi tumpuan adalah acara pertandingan melancar roket buatan. Aktivit-aktiviti ini dapat merangsang minat pelajar di dalam bidang Sains dan Matematik.





Hari Guru 16 Mei 2011

‘GURU MENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA’ adalah tema sambutan Hari Guru pada tahun ini. Ianya menuntut agar guru-guru melakukan transformasi besar-besaran dalam pendidikan agar
mendidik anak bangsa dengan lebih efektif terhadap pengajaran dan pembelajaran kepada para pelajar.
Pada 16 Mei 2011 telah diadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Para guru disambut meriah dengan iringan paluan kompang sebelum berikrar dan menyanyikan lagu hari guru. Pelbagai aktiviti
telah diaturkan untuk para guru, seperti sukaneka, persembahan tarian, persembahan guru, deklamasi sajak guru, bertukar-tukar hadiah, jamuan makan istimewa dan sebagainya. Hari tersebut juga memberi peluang kepada para guru bergembira dan memberi kesempatan kepada para pelajar mengucapkan selamat kepada guru-guru mereka. Harapan guru terhadap anak muridnya amat tinggi untuk mencapai kecemerlangan.

Terima kasih cikgu!




Senaman Aerobik



Permainan Sukaneka




Persembahan Mantap oleh Guru SMKDSR. DSR HEBAT!

Kek Hari Guru

Seronok dapat bertukar-tukar hadiah ...!

Jamuan tengah hari

Majlis Hi-Tea Bersama YB Zaiful

Pada petang 11 May 2011, bertempat di SMK DSR, telah diadakan majlis Hi-Tea beramah mesra antara warga SMK DSR bersama dengan YB Zaiful. Acara yang diadakan secara santai agar lebih dekat YB dapat mengenali warga sekolah ini. Kemesraan jelas terpancar pada wajah warga SMK DSR kerana dapat berkumpul dan beramah mesra bersama YB. Pelbagai makanan enak disediakan bagi santapan semua. Majlis yang sepatutnya selesai pada jam 5, tetapi YB dan beberapa orang guru masih tidak berganjak dari kerusi kerana asyik berkongsi cerita dan pendapat. Ini menunjukkan betapa YB peka dengan luahan warga SMK DSR.







CERAMAH TENTANG NILAM


TARIKH: 10 MEI 2011

TEMPAT: ANJUNG WARISAN SMKDSR
Tajuk kajian PSS pada tahun ini ialah kesukaran guru untuk melaksanakan Program Nilam di sekolah.  Kebanyakan para guru kurang faham mengenai  konsep dan perlaksanaan Program Nilam ini. Oleh sebab itu, pihak PSS menjemput pegawai BTP iaitu Pn. Rosmawati Bt Abdullah untuk memberi ceramah tentang nilam agar para guru mendapat input yang sepenuhnya. Memandangkan Pn.Rosmawati tidak dapat hadir  pada hari tersebut maka salah seorang wakil pegawai BTP yang datang bagi menggantikan tempat beliau. Pegawai tersebut bernama En.  Mohd. Fadzli Abd Razak.  Berharap agar selepas ceramah ini, para guru jelas mengenai Program Nilam supaya program ini berjalan dengan lancar.


Penceramah En.  Mohd. Fadzli Abd Razak daripada BTPNS

Pn. Habibah mengajukan soalan kepada penceramah berkenaan dengan perlaksanaan Nilam

Penyampaian cenderamata kepada penceramah oleh Ketua Bidang Kemanusiaan En. Koh Ah Lah

PERTANDINGAN MENCIPTA KAD HARI GURU

ANJURAN PANITIA BAHASA INGGERIS & PUSAT SUMBER SEKOLAH

TARIKH: 2.05.2011 – 15.05.2011


Pertandingan ini dianjurkan oleh Panitia Bahasa Inggeris bersama dengan PSS . Pertandingan ini dilaksanakan oleh semua guru Bahasa Inggeris. Penglibatan pelajar sangat memuaskan. Para pelajar telah menunjukkan kreativiti masing-masing ketika menghasilkan kad hari guru ini yang terdapat dalam pelbagai corak , rupa serta bentuk. Para guru begitu terharu dengan hasil ciptaan pelajar ini. Melalui pertandingan ini juga, para pelajar berpeluang untuk memberi  ucapan kepada para guru yang mendidik mereka  sebagai tanda penghargaan. Hasil pelajar ini dipamerkan di luar Bilik Guru pada 16.05.2011. Hadiah berupa hamper sumbangan daripada Pustaka Wawasan diberikan kepada para pemenang.



BENGKEL TEKNIK PROSES BUKU

TARIKH: 15.04.2011 (JUMAAT)

MASA: 1.00PM – 4.00PM

TEMPAT: PERPUSTAKAAN



Proses mengecop  tarikh penerimaan buku, perolehan buku, muka surat rahsia dan melekat slip tarikh pulang.


Memasukan data buku dalam buku stok serta mendapatkan nombor panggilan & nombor perolehan.

Mengisi data/maklumat buku dalam borang surat beranak.
Menulis no panggilan buku dan melabel pada tulang buku.

Karnival Bahasa Cina (7 April 2011) Peringkat Daerah Rembau

SMK Dato’ Sedia Raja telah menjadi tuan rumah bagi program Karnival Bahasa Cina Peringkat Daerah Rembau yang telah berlangsung pada 7 April 2011. Penyertaan adalah daripada beberapa buah sekolah menengah di sekitar Rembau. Acara yang dipertandingkan ialah, deklamasi sajak, tulisan Bahasa Cina dan sebagainya. Sekolah kita telah memenangi dalam beberapa acara yang dipertandingkan. Selain Karnival Bahasa Cina, sekolah kita telah menjadi tuan rumah bagi program Pesta Pantun Peringkat Daerah Rembau yang telah berlangsung pada 14 April 2011. Penyertaan adalah daripada beberapa buah sekolah menengah di sekitar Rembau. Sambutan daripada para pelajar di sekitar sekolah-sekolah di daerah Rembau ini amat menggalakkan. Ini menunjukkan betapa para pelajar kita begitu menghargai bahasa ibunda kita. Bak kata pepatah ‘Tak lekang dek panas, Tak lapuk dek hujan’.






Karnival Ilmu

Anjuran Bidang Bahasa , Pusat Sumber Sekolah dan Unit Bimbingan dan Kaunseling bermula pada 1.04.2011 - 15.04.2011 adalah Bulan Karnival Ilmu. Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti pertandingan bercerita, kuiz, pertandingan buku skrap, pertandingan perpustakaan mini, pertandingan tokoh buku, pertandingan penulisan esei, pertandingan penulisan sajak, pertandingan penghasilan "Power Point", pengunjung bertuah PSS  dan banyak lagi.

Aktivti - aktiviti tersebut mendapat sambutan hangat dan menggalakkan daripada warga SMK DSR. Ini menunjukkan perkembangan positif penglibatan para pelajar di dalam aktiviti yang diadakan. Setiap acara pertandingan yang diadakan para pelajar diberikan ganjaran berupa hamper, alat tulis dan sebagainya sebagai perangsang kepada pelajar bersaing secara sihat. Semoga Bulan Karnival Ilmu dapat membentuk peribadi mulia dalam diri setiap pelajar dan warga SMKDSR.

Pameran Buku 5.04.2011 - 6.04.2011


Perpustakaan Mini Tingkatan 3RK


Pemenang Pengunjung Bertuah Kategori Guru.Tahniah ,Pn. Robita Clary!


Pemenang Kelas Paling Banyak membaca buku



Kejohanan Bola Baling Peringkat Daerah Rembau

Sekolah kita telah menjadi tuan rumah bagi Kejonan Bola Baling Peringkat Daerah Rembau bagi sekolah-rendah dan menengah padac 30 dan 31 Mac 2011.

Komitmen dan usaha gigih para pelajar kita dapat dilihat pada kejohanan tersebut sehingga berjaya mendapat tempat terbaik.

Harapan pada tahun hadapan, semoga SMK DSR akan lebih cemerlang baling ini.





AKTIVITI ‘GOTONG ROYONG’ MEMPROSES TEKNIK BUKU OLEH PENGAWAS PUSAT SUMBER PADA CUTI SEKOLAH

TARIKH: 14.03.2011 & 17.03.2011 

TEMPAT: PERPUSTAKAN
Pengawas Pusat Sumber Sekolah yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 & 5 sangat berdedikasi kerana sudi datang pada waktu cuti untuk memproses buku baru tahun 2011. Aktiviti ini bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 4.00 petang. Dengan kerjasama dan usaha pengawas PSS ini 45% daripada buku baru telah siap diproses pada hari tersebut.




GALERI FOTO