Selamat datang ke laman blog Pusat Sumber Sekolah SMK Dato' Sedia Raja

KENALI PENGETUA

Sunday, March 28, 2010

PN. SARIEH BT MD DIN
Umur              : 56 TAHUN
Tempat Lahir  : Lubok Cina
Cita-cita         : Bahagia di dunia dan di akhirat
Hobi               : Membaca dan memasak
Keluarga         : 5 orang anak dan 3 orang cucu
Muzik kegemaran: Irama Malaysia
Makanan kegemaran: makanan yang menyihatkan

Kelulusan:
Tingkatan 1 hingga 3 : SMK Dato' Abdullah, Astana Raja
Tingkatan 4 hingga 6 Atas: SMK Ghafar Baba, Masjid Tanah
1974- 1978 : Ijazah Sarjana Muda, Universiti Malaya
1999-2001  : Ijazah Sarjana , Universiti Putra Malaysia

Pengalaman Mengajar:
1978-1993 : SMK Tunku Besar Tampin
1993-1998 : SMK Dato' Sedia Raja
1998-2003 : SMK Syed Idrus Tampin
2003-2007 : SMK Bukit Rokan, Gemencheh
2007-2008 : SMK Dato' Undang Haji Adnan, Kota
2008-2009 : SMK Seri Perpatih, Jempol (pengetua)
2009- kini   : SMK Dato' Sedia Raja (pengetua)

Wawasan: Memberi sumbangan kepada kecemerlangan organisasi
Kenangan Manis : Menerima gaji pertama
Perkara yang disukai di sekolah:
melihat pelajar memperoleh kejayaan dalam akademik & kokurikulum
Nasihat kepada murid untuk mencapai kecemerlangan :
kecemerlangan hanya boleh dicapai dengan kerja keras tanpa putus asa.



KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH 2010

Wednesday, March 3, 2010


Acara Akhir : 22, 23, 24 Februari 2010 (Isnin, Selasa dan Rabu)
3.00 ptg - 4.45 ptg

Kejohanan Olahraga : 25 Februari 2010 (Khamis)
9.00 pg - 1.00 ptg

1) Johan Keseluruhan bagi Perempuan Kelas Dua,
Trofi : disumbangkan oleh Tn. Hj. Awaluddin B. Hj. Abd. Talib, Chengkau
Pemenang : MELEWAR

2) Johan Keseluruhan bagi Lelaki Kelas Dua,
Trofi : disumbangkan oleh Dr. Abd. Kadir B. Jailani
Rumah Sukan : SEDIA RAJA

3) Johan Keseluruhan bagi Perempuan Kelas Satu,
Trofi : disumbangkan oleh Syarikat Chop Hin Ah, Rembau.
Pemenang : MELEWAR

4) Johan Keseluruhan bagi Lelaki Kelas Satu,
Trofi : disumbangkan oleh En. Ismail B. Mohd Yunus, Bank Kwong Yik, Seremban.
Pemenang : MELEWAR

5) Peserta Cemerlang Perempuan,
Trofi : disumbangkan oleh Syarikat Pustaka Fajar, Tampin.
Pemenang : SHARMILA A/P MATHARAM (MELEWAR)

6) Peserta Cemerlang Lelaki
Trofi : disumbangkan oleh YM Tuanku Ishak Ibrahim, Bekas Pegawai Daerah Rembau.
Pemenang : Mohd Faizuddin B. Roslan

7) Perbarisan Terbaik
Trofi : disumbangkan oleh En. Sivanathan (Bekas guru SMKDSR)
Pemenang : Pertama MELEWAR
Kedua PERPATIH
Ketiga LELA MAHARAJA
Keempat SEDIA RAJA

8) Johan Menghias Rumah Sukan
Pemenang : Pertama SEDIA RAJA
Kedua PERPATIH
Ketiga LELA MAHARAJA
Keempat MELEWAR

9) Johan Keseluruhan Antara Rumah
Trofi : disumbangkan oleh YB. Dato' Firdaus B. Harun, ADUN Chembong.
Pemenang : Pertama MELEWAR (655 markah)
Kedua SEDIA RAJA (585 markah)
Ketiga LELA MAHARAJA (469 markah)
Keempat PERPATIH (469 markah)


PROGRAM EASYMATH

Pada 23 Februari 2010 (selasa), Program Easymath telah diadakan anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Dato' Sedia Raja. 

Objektif: meningkatkan kefahaman pelajar bagaimana cara mudah untuk menjawab soalan Matematik dan Matematik Tambahan ketika peperiksaan.

Sasaran pelajar: Tingkatan 3 & 5
Personalia : Wirajaya Excellance Kuala Lumpur.

Program ini sangat membantu pelajar-pelajar dalam peperiksaan. Diharap semua pelajar dapat mempraktikkan apa yang telah didapati daripada program ini. Selamat Maju Jaya...

KURSUS KOPERASI

Pada 21 Januari 2010, SMKDSR telah mengadakan Kursus Koperasi untuk ahli lembaga koperasi yang terdiri dari kalangan guru dan pelajar. Kursus ini bertempat di Makmal Bestari SMKDSR bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12 tengahari.
Antara agenda dalam kursus tersebut ialah mengemaskini data keahlian koperasi dan mengemaskini sistem kewangan koperasi.

PERASMIAN BULAN SIFAR SALAHLAKU

Pada 18 Januari 2010 hari Isnin telah dilancarkan " Perasmian Bulan Sifar Salah Laku " bertempat di tapak perhimpunan Sek. Men.Dato' Sedia Raja,Rembau.Aturcara bermula pada pukul 7.50 pagi dirasmikan oleh Pengetua SMK Dato' Sedia Raja, Puan Hjh. Sarieh bt. Md. Din.Program ini di bawah anjuran :-
    1- Unit Hal Ehwal Murid
    2-Unit Bimbingan dan Kaunseling
    3-Unit Disiplin
    4-Panitia Pendidikan Islam
    5-Kelab Pendidikan dan Pencegahan Dadah
    6-Badan Pengawas

Antara objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peraturan-peraturan sekolah yang perlu dipatuhi,mengurangkan kes salah laku disiplin pelajar agar mampu melahirkan pelajar yang berdisiplin tinggi dan bersahsiah mulia.Selain itu ianya juga diharapkan dapat meningkatkan daya kepimpinan bagi setiap pelajar.Acara dimulakan dengan menyematkan lencana kepada ketua tingkatan.Seterusnya ceramah yang disampaikan oleh Cif Inspektor Tn. Salehuddin b. Hitam.Majlis bersurai pada jam 8.30 pagi. 

Ceramah Keibubapaan

9 Januari 2010 (Sabtu),SMKDSR bertempat di Dewan Biduanda telah diadakan 'Ceramah Keibubapaan' oleh penceramah jemputan Ustaz Nor Azamer bin Alias, anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling.Ceramah ini bertujuan memberi pendedahan kepada ibubapa dalam mendidik dan memberi tunjuk ajar bagi memastikan anak-anak berjaya dalam akedemik. Selain itu, ilmu pengetahuan yang berguna juga penting dalam membangunkan sahsiah anak-anak dari segi jasmani,emosi,rohani, intelektual dan spiritual.Secara tidak langsung,program ini juga dapat memberi kesedaran kepada golongan ibubapa agar dapat memikul tanggungjawab yang diamanahkan. Program ini disasarkan kepada ibubapa pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR,SPM dan STPM 2010.

Renungan,
Harta semakin dicari,semakin sukar mengawalnya
Cinta semakin dicari, semakin hanyut dibawa arusnya
Kedudukan semakin dicari, semakin bongkak jadinya
Ilmu semakin dicari,semakin banyak kegunaan dan manfaatnya.

GALERI FOTO