Selamat datang ke laman blog Pusat Sumber Sekolah SMK Dato' Sedia Raja

Selamat Hari Guru

Friday, May 15, 2009

GPM mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di Malaysia, khasnya guru-guru SMK Dato' Sedia Raja. Tema Hari Guru 2009 ialah "Guru Pembina Negara Bangsa".

Sajak buat tatapan semua..

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

Lawatan ke Jabatan Sains Perikanan Akuakultur UMT

Friday, May 8, 2009

Di jabatan ini terdapat Hatcheri Ikan Masin dan Hatceri Institut Akuakultur Tropika

Pernah lihat ABALON??

Inilah belangkas.

Belangkas makan apa?? Belangkas makan kerang-kerangan..


Ada 2 ekor? Belangkas jantan dan betina 'bercantum'. Walau apa pun yang diperlakukan terhadapnya, belangkas ini tetap dengan posisinya. Ibarat kata orang melayu 'tak pernah berenggang macam belangkas'.
Pelajar ini berani memegang belangkas

Lawatan ke Perpustakaan UMT

Suasana Perpustakaan Sultanah Nurzahirah UMT

Pemandangan perpustakaan dari luar

Kaunter pinjaman

Pupuk amalan membaca

Sudut bacaan

Pameran makmal marin di dasar laut

Lawatan ke Terengganu

Tarikh : 24-26 April 2009
Bertolak : 10.00 mlm
Dari : SMK Dato' Sedia Raja
Bilangan : 1 bas guru SMKDSR, 1 bas pelajar SMKDSR, 1 bas guru dan pelajar SMK Jelai.

Pukul 8.30 pagi kami sampai di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Penat duduk dalam bas belum hilang. Kami bersiap dan bergegas ke bangunan pentadbiran UMT untuk bersarapan dan mendengar taklimat. Bila jauh perjalanan, barulah terbuka minda. Banyak maklumat yang diperolehi.


Asrama perempuan UMT

Pelajar mendengar taklimat

UMT ini terletak betul-betul di tepi Laut China Selatan. Sebelum ini UMT dikenali sebagai Kolej Universiti Sains Teknologi Malaysia (KUSTEM).


Logo UMT


Bangunan Pentadbiran UMT

Bagi sesiapa yang berminat dengan aktiviti laut pasti teruja. Antara aktiviti yang diadakan ialah scuba diving dan snorkling. Ada juga pertandingan KUDA LASAK! Untuk pengetahuan pelajar-pelajar, semasa di universitilah kita perlu mengutip seberapa banyak pengalaman yang menyeronokkan. Kalau nak ambil kursus di luar universiti, kosnya sangat MAHAL!. Rugi betul kalau dilepaskan peluang sebegini. Macam mana nak masuk universiti? Belajarlah bersungguh-sungguh mulai sekarang!!

TAHUKAH ANDA?? Di Malaysia, terdapat 20 buah IPTA!! (Banyak tu..) Banyak bidang yang ditawarkan. Yang penting, keputusan akademik mesti baik.

Selepas dengar taklimat, kami dibawa berjumpa dengan Prof. Dr. Abdul Majid bin Mohd Isa, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) B.Ed. (Agric.) (UPM), M.A (lowa), PH.D. (Hull).
Timbalan Naib Canselor UMT

Beliau berasal dari Negeri Sembilan. Beliau menceritakan pengalaman dan kisah hidup beliau sehingga mencapai kejayaan sekarang. Antara ucapan beliau ialah:

" Saya tidak pernah bermimpi menjadi profesor... Apa sahaja di dunia ini akan menjadi milik kita jika kita berusaha... Kesukaran masuk universiti sekarang ialah 1 daripada 4 orang... berbanding dahulu 1 daripada 20 orang. Tak boleh ke kita menjadi 1 daripada 4 orang itu? Rebutlah peluang ini."



GALERI FOTO